Wednesday, September 1, 2010

Pandangan Pengguna Terhadap Bahasa SMS

Isu berkaitan bahasa SMS (short messaging service) menjadi topik yang hangat dibicarakan dalam media massa, sama ada dalam media elektronik mahupun media cetak. Singkatan perkataan dalam bahasa SMS ini akan mendorong kepada penyalahgunaan perkataan dalam penulisan esei, rencana dan sebagainya kerana perkara itu telah menjadi kebiasaan. Walaubagaimanapun, terdapat banyak tanggapan dan reaksi terhadap bahasa SMS ini.

Antara reaksi dan pandangan pengguna terhadap bahasa SMS ialah dapat menjimatkan masa mereka. Pengguna bahasa SMS menganggap faktor masa menyebabkan mereka meringkaskan perkataaan yang ada supaya proses menaip akan siap dengan lebih cepat.

Selain itu, penggunaan bahasa SMS ini dapat menjimatkan ruang. Telefon bimbit menyediakan ruang untuk SMS hanya berkapasiti maksimum 160 patah perkataan yang dapat dikirimkan pada satu-satu masa yang menyebabkan kesulitan kepada pengguna yang menghantar mesej melebihi 160 patah perkataan.

Tanggapan pengguna terhadap bahasa SMS seterusnya ialah pengguna mengandaikan penerima faham dengan SMS yang dihantar. Namun bagi sesetengah pihak, bahasa SMS ini terlalu sukar untuk difahami kerana menggunakan ayat yang begitu ringkas.

1 comment:

  1. jika fenomena ini berterusan adakah bahasa melayu akan pupus atau berlaku "Revolusi Bahasa" dalam Bahasa Melayu. Walau kebanyakannya perkataan-perkataan yang diubah itu kadangkala sukar difahami pada permulaan tetapi akhirnya kita akan juga, cuma yang sangat membimbangkan sekarang, kebanyakan mereka tidak dapat hendak membezakan perkataan rasmi lagi. Pengaruh bahasa SMS telah mula menjadi bahasa dalam hal2 rasmi. Namun,. perubahan bahasa yang begitu juga berlaku kerana golongan-golongan ini ingin menunjukkan reaksi dan perkataan menggunakan perkataan baru seperti:

    cayang - membawa maksud menunjukkan ciri-ciri manja dan ingin menggoda. banyak lagi perkataan2 lain yang terus di gabungkan dengan perkataan-perkataan baru macamni yang jelas telah mengubah makna dalam bahasa perkataan asalnya.

    ReplyDelete